Nuffnang

Friday, March 17, 2023

Pelajar sabar tunggu 5 tahun kahwini guru

 

Putri dan Aldi mula berkenalan sejak 2017. – TikTok @silviahellena42


JAKARTA – Sepasang pengantin di Pekanbaru, wilayah Riau menjadi perhatian ramai selepas kisah mereka yang merupakan bekas pelajar dan guru tular di media sosial, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Berdasarkan klip video di laman TikTok, pasangan tersebut dilihat melangsungkan hari perkahwinan mereka dengan memakai busana pengantin berwarna biru.

“Pelajar mengahwini guru yang cantik. Si pelajar jatuh cinta kepada gurunya sejak mula bertemu,” demikian menurut keterangan pada video tersebut.

Hantaran itu turut memaparkan gambar lama guru wanita itu selain gambar majlis pernikahan pasangan yang mempunyai perbezaan usia lima tahun itu.

“Perbezaan umur lima tahun tidak memudarkan cinta si lelaki. Selepas menanti selama lima tahun, si lelaki melamar gurunya dengan perjuangan yang tidak mudah,” kata keterangan video itu.

Wolipop kemudian menemu bual guru tersebut, Putri Dariani, 26, yang kemudian memberitahu bahawa dia merupakan guru ko-kurikulum tarian sejak 2016.

Putri yang berkahwin dengan suaminya, Aldi Saputra Prasetiawan, 21, pada 3 Mac lalu menyatakan bahawa dia mula mengenali lelaki tersebut sejak 2017.

“Komitmen dan kegigihan Aldi yang terus berusaha untuk melamar saya menjadi penyebab saya menerima dia.

“Perjuangan dia untuk memperisterikan saya daripada gajinya hanya 1.8 juta rupiah (RM527) hingga ke tahap ini bagaikan satu pencapaian,” jelasnya.

Ketika ini, Putri masih bergelar guru sekolah manakala Aldi merupakan seorang pengendali mesin forklift. – Agensi 

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung