Nuffnang

Thursday, March 2, 2023

Wanita 27 tahun akui bahagia kahwini lelaki 63 tahun

 

Ana Amalina bersama dengan suami yang lebih tua daripadanya, Emen Hidayat. - Foto Ana Amalina
Share on telegram

JAKARTA – Seorang wanita berumur 27 tahun mengaku berasa bahagia berkahwin dengan warga emas berusia 63 tahun selepas dijodohkan oleh ibunya, lapor laman berita Wolipop.

Wanita itu, Ana Amalina menulis dalam akaun TikToknya, @anaamalia54 yang menyatakan bahawa pada Disember 2018, dia bernikah dengan lelaki berusia 63 tahun, Emen Hidayat.

“Kenal pada tahun 2018 selepas dijodohkan oleh ibu bapa. Usia saya 27 tahun dan suami 63 tahun,” kata Ana kepada Wolipop menerusi aplikasi WhatsApp.

Wanita muda itu mengaku ibunya yang menjodohkan dia dengan Emen dan pada awalnya, bapanya yang tidak mengetahui perjodohan itu berasa terkejut.

“Saya dijodohkan mama,” katanya. 

Anak sulung dari tiga beradik itu turut berkongsikan mengenai sikap suaminya.

“Dia ialah seorang imam yang baik, penyayang, memahami isteri dan selalu menyokong walau apapun yang isteri lakukan,” jelasnya. – Agensi

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung