Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau tiada masalah untuk mendedahkan segala hartanya yang didakwa diraih ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri, seperti yang diminta oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri (PMX) itu menegaskan beliau adalah antara individu yang telah mengisytiharkan hartanya baru-baru ini bagi membuktikan ketelusan kepada rakyat.
“Saya antara orang yang isytihar harta, yang tidak dia (Tun Mahathir). Baru-baru ini pun, saya telah isytiharkan harga rumah berharga RM11 juta di Segambut.
“Jadi itu bukan rahsia, itu sudah diketahui umum,” katanya menurut laporan Bernama.
Terdahulu, Anwar menghadiri Malaysia Madani di Dataran Merdeka, KL hari ini.
Isnin lepas, Dr Mahathir bukan sahaja mencabar Anwar mendedahkan segala hartanya itu malah mendakwa pengerusi Pakatan Harapan itu sebagai seorang daripada pemimpin lama yang turut dituduh membantu kroni.
Dalam cabarannya itu, Dr Mahathir berkata Anwar perlu membuktikan tuduhannya itu kononnya memiliki harta yang banyak dan beliau sedia memberi separuh wang yang didakwa dimilikinya kepada Ahli Parlimen Tambun itu jika terbukti benar.
“(Atas) sebab (tuduhan) itu, saya cabar Anwar, kalau (dia dapat) jumpa RM1 bilion (yang dikatakan) duit (yang ada kepada) saya, saya (akan) bagi dia separuh (daripada amaun itu).
“(Berkaitan) bekas pemimpin (yang didakwa kaut keuntungan), dia cabar buat apa, dulu dia ‘ex-Malay leader’ juga, (saya rasa) dia patut isytihar dia punya harta dahulu… bagi contoh dan dia bagi (cabaran itu) kepada semua orang.
“(Paling utama ketika ini) beliau tidak payah suruh orang lain, jawab (dan buktikan dahulu) tuduhan kononnya saya ada berbilion (ringgit), (Datuk Seri) Mukhriz (Mahathir) ada berbilion, ada jet dan sebagainya, tunjuk (kepada umum),” katanya sebelum ini.
No comments:
Post a Comment