Seorang lagi Menteri kerajaan campuran, Nik Nazmi Nik Ahmad membuat penafian berhubung dakwaan pegawainya ditahan dan sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Penafian itu dibuat susulan sebuah portal, Edisi Siasat mendakwa di mana mendakwa Nik Nazmi memecat pegawai masing-masing atas dakwaan siasatan rasuah dan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil juga membuat penafian sama.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim juga menafikan tuduhan telah memecat pegawainya kerana terpalit isu rasuah.
“Setakat ini, tiada pegawai saya yang telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak SPRM,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Nik Nazmi berkata, jika terdapat sebarang siasatan, beliau dan mana-mana pegawainya bersedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.
Semalam, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menafikan seorang daripada pegawainya sedang disiasat SPRM.
Terdahulu, portal Edisi Siasat menyiarkan laporan di mana mendakwa Fahmi dan Nik Nazmi memecat pegawai masing-masing atas dakwaan siasatan rasuah.
Laporan itu mendakwa terdapat pegawai kedua-dua kementerian yang telah dipanggil SPRM untuk membantu siasatan rasuah
No comments:
Post a Comment