Nuffnang

Thursday, August 31, 2023

Gadis ‘usha’ abang uniform kat perarakan

 


Tangkap layar video yang dimuat naik di akaun TikTok tersebut.

PETALING JAYA – Para pengunjung wanita tidak melepaskan peluang untuk ‘cuci’ mata melihat barisan anggota beruniform pada sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-66 yang bakal diadakan di Putrajaya, esok.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok @hvsnani, kelihatan beberapa anggota beruniform segak berbaris dan berjalan ketika hari raptai sedang diadakan.

“Ambil vibes (suasana) Descendants of the Sun (tajuk drama Korea). Kalau isteri dia muncul, saya padam ya video ini,” tulis wanita itu dalam kapsyen.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang teruja dan kelihatan tidak sabar untuk melihat aksi anggota beruniform lain seperti Bomba, Tentera Laut Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan bermacam-macam lagi.

“Kalau macam ini, jom kita ramai-ramai sambut Merdeka esok di Putrajaya,” komen Mek.

“Kita ni manusia kan suka lihat yang cantik dan kacak. Saya tumpang ‘cuci’ mata juga ya. Kalau isteri dia muncul, saya padam memori ni,” komen Diana.

Sehingga kini video tersebut mendapat 302,600 tontonan, 19,500 tanda suka dan 1,275 perkongsian.

Tahun lalu, sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-65 yang diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur cukup meriah apabila orang ramai disajikan dengan pelbagai persembahan daripada agensi kerajaan mahupun swasta.

Namun yang paling mencuri tumpuan adalah persembahan abang-abang Bomba yang mempamerkan gaya badan yang menarik sehingga tular secara meluas di media sosial.

Sambutan Hari Kemerdekaan esok menjangkakan lebih 100,000 pengunjung hadir dengan bertemakan ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’ . – KOSMO! ONLINE

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung