Nuffnang

Saturday, September 16, 2023

[VIDEO] Barang e-dagang ‘dirembat’ atas tembok pagar rumah

 


Tangkap layar rakaman CCTV di lokasi kejadian.

KLANG – Seorang wanita kempunan menggunakan barangan keperluan rumah dibelinya daripada platform e-dagang apabila lesap dicuri di tembok pagar rumahnya di Telok Gadong Besar di sini, semalam.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 5.26 petang apabila barangan itu dilarikan seorang suspek menggunakan kereta jenis Perodua Kancil.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan mendapati pesanan itu tiba antara pukul 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang.

Katanya, penghantar barangan itu kemudian telah meletakkannya di atas tembok pagar rumah mangsa.

Semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) telah dibuat mangsa selepas mendapati barangan tersebut tiada.

“Hasil semakan mendapati sebuah kereta Perodua Kancil berwarna biru gelap telah berhenti di depan rumahnya.

“Penumpang kereta itu kemudiannya telah turun dan mengambil barangan tersebut sebelum melarikan diri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas beliau, ekoran kejadian tersebut mangsa telah kerugian sebanyak RM270.

Tambah Hoong Fong, usaha mengesan suspek terlibat sedang dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah ini di talian 03-33762222.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. -KOSMO! ONLINE

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung