Nuffnang

Saturday, December 2, 2023

Wanita ceroboh majlis kahwin bekas kekasih kerana mas kahwin

are on linkedin
SEORANG wanita menceroboh majlis kahwin bekas kekasihnya di China baru-baru ini. - Foto KhaoSod

BEIJING  – Seorang wanita menceroboh majlis perkahwinan bekas teman lelakinya di China selepas mendapati mas kahwin pengantin perempuan lebih tinggi daripada apa yang dia minta semasa hubungan mereka berlangsung selama tujuh tahun, lapor portal berita Thaiger semalam.

Sebelum ini, pasangan itu telah membincangkan jumlah mas kahwin sebanyak 180,000 yuan (RM118,891) namun ibu wanita itu kemudiannya meminta lebih tinggi iaitu sebanyak 268,000 yuan (RM184,942).

Apabila lelaki itu mendengarnya, dia sangat tidak berpuas hati dan menolak mentah-mentah dengan alasan tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk menyediakan  jumlah wang tersebut.

ADVERTISING
Ads by Kiosked

Perselisihan faham antara mereka menyebabkan pasangan tersebut berpisah.

Sebulan kemudian, wanita itu mengetahui bahawa bekas teman lelakinya akan berkahwin dan dia menghadiri majlis perkahwinan tersebut.

Wanita itu terdiam apabila mengetahui bahawa mas kahwin pengantin perempuan ialah 280,000 yuan sekali gus  lebih tinggi daripada permintaan ibunya dahulu.  

Ramai netizen menyatakan rasa simpati terhadap wanita tersebut dengan ada yang percaya bahawa perpisahan mereka bepunca daripada campur tangan keluarga sehingga menyebabkan lelaki itu menolak untuk berkahwin dengannya. – AGENSI

 

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung