Nuffnang
Thursday, May 31, 2012
Berita Terhot : Lelaki baru kahwin ratah adik angkat umur 14 tahun hingga hamil
Gambar Hiasan Google SUBANG JAYA: Seorang lelaki tergamak meratah tubuh adik angkatnya yang masih di bawah umur sehingga gadis terbabit yang masih bersekolah hamil lapan bulan menyebabkan keluarga mangsa membuat laporan polis, kelmarin. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, gadis berusia 14 tahun itu dirogol suspek berusia 25 tahun pada Ogos tahun lalu di rumahnya di Kampung Tengah, Batu 14, Puchong, dekat sini.
Menurutnya, siasatan mendapati walaupun kejadian berlaku sekali, tetapi gadis terbabit hamil. Mangsa tidak memberitahu perkara itu kepada sesiapa termasuk keluarganya kerana bimbang dimarahi. “Suspek yang tinggal di Batu 13, Puchong, anak angkat kepada keluarga mangsa dan dia sering datang ke rumah mangsa termasuk bermalam di situ. “Ini menyebabkan keluarga mangsa tidak mengesyaki perbuatan terkutuk dilakukan lelaki terbabit dan suspek merogol mangsa pada waktu malam ketika tiada sesiapa di rumah,” katanya.
Katanya, kejadian disedari keluarga mangsa selepas melihat perut gadis itu yang semakin membesar di samping perubahan sikapnya. “Mangsa menceritakan kejadian rogol itu selepas dia tidak dapat berselindung dan keluarganya membuat laporan polis. “Suspek terbabit yang baru melangsungkan perkahwinan dua bulan lalu kini diburu polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
Bogel selepas kantoi Suspek menanggalkan pakaiannya sendiri selepas dikepung orang awam. Suspek menanggalkan pakaiannya sendiri selepas ...
-
Pemuda kagum bangsa lain bantu rider Melayu kemalangan, pelanggan dapat order lewat harap bersabar - “Setandan pisang, tak semuanya busuk” R...
-
Himpunan Anak Muda PAS dan AMK..di Kelantan DSAI memberi ceramah UMUM di Johor..Baru Baru Ini [admin] Puluhan rib...
-
Inilah sikap Pemimpin BN Yang Suka Bermewah Mewah..Biar Hampa makan Kangkung...Kami Makan Asparagus n..Brokoli..Banyak duit s...
-
Tan Sri Musa Hitam yang dahulunya dipersalahkan dengan peristiwa Memali itu mendedahkan bahawa Tun Dr Mahathir yang terlepas kerana mengat...
-
Spageti ada kaki lipas: Pensyarah dibayar RM55,000 16/03/2012 8:59pm PUTRAJAYA — Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusa...
-
Kumpulan Penyokong Pro Kangkung Berhimpun, Demo Sambil Belasah Orang... Sekumpulan penyokong Pro Kangkung hari ini diberitakan telah me...

5 comments:
baru je kawin..apa la mamat ni
jenis ni abang angkat ke adik angkat ke keluarga angkat ke tetap bukan mahram kita...ada batasannya juga...tak boleh sesuka hatilah nak masuk keluar rumah..ish ish ish...
kesian kat adik angkat dia tu..mesti malu nk g sekolah dgn perut yg makin besar..abg angkat pon satu.baru je kahwin, x kesian ke kat adik angkat tu.haishhh
setuju dgn statement umi arisa tu. keluarga angkat ttp bkn mahram xptt kut tinggal berdua2 ngn dgn abg angkt tu.
0aca0 0aca0 ha3 3a n5
Post a Comment