Nuffnang
Wednesday, May 30, 2012
Pengakuan Terhot : Ibnor Riza Mengaku Tidak Pernah Mengundi
Ibnor (paling kanan) bersama rakan artis (dari kiri) Mus (May), Amy (Search) dan Jamal Abdillah pada sidang media penyertaannya dalam Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, petang Selasa. - Foto oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIAS
KUALA LUMPUR: Penyanyi era 80-an, Ibnor Riza Ibrahim menjelaskan tidak pernah mengundi sepanjang hidupnya kerana tidak begitu tertarik dengan dunia politik tanah air.
Ibnor Riza, 50, berkata, selama ini dia lebih gemar menjadikan dirinya sebagai individu 'atas pagar' dan tidak terlalu fanatik kepada mana-mana parti politik di negara ini.
“Bukan saya tidak peka dengan perkembangan politik tanah air cuma saya tidak mahu ambil perhatian lebih atau jadi pengikut parti-parti tertentu.
“Apabila membabitkan soal politik, saya lebih selesa amalkan sikap 'atas pagar' dan jadi pemerhati saja. Bayangkan, selama ini saya tidak berminat melayan cerita-cerita politik sampai ke tahap saya tidak pernah keluar mengundi,” katanya.
Ibnor ditemui ketika menyerahkan borang keahlian sebagai ahli Umno di ibu pejabat Umno, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Selasa.
Selain itu, penyanyi Amy (Search) dan Mus (May) turut mengikut jejak yang serupa.
Borang keahlian mereka diterima Setiausaha Kerja Umno Pusat, Datuk Ab Rauf Yusoh. Ketiga-tiga artis terbabit akan menjadi anggota Umno Cawangan Dataran Merdeka, Bahagian Bukit Bintang.
Ibnor yang berhasrat membuang undi buat kali pertama pada pilihan raya umum kali ini berkata, penyanyi Jamal Abdillah telah menyedarkan dia tentang kepentingan berada di bawah parti politik yang stabil seperti Umno.
“Saya tergerak hati untuk menyertai Umno selepas berbual-bual dengan Jamal kerana kami kerap bermain badminton bersama. Jamal pernah berkata golongan artis perlu bersatu untuk terus berjaya dan Umno mampu memajukan dan melindungi artis.
“Saya sertai parti atas kesedaran sendiri dan secara sukarela tanpa mengharapkan sebarang imbuhan atau faedah,” jelasnya sambil menafikan penyertaannya dalam parti itu kerana kepentingan kerjaya.
Mengenai perkembangan lain, penyanyi lagu Mimpi Tak Sudah ini berkata hasratnya untuk mengeluarkan album baru masih tertangguh kerana senario industri muzik yang tidak menentu pada hari ini.
“Sebenarnya saya sudah merakamkan 10 lagu baru termasuk beberapa lagu lama yang dirakamkan semula.
“Kalau diikutkan album itu sudah siap sepenuhnya tetapi sampai ke hari ini masih belum dapat dipasarkan kerana kami masih mencari waktu yang sesuai memandangkan keadaan industri sedang nazak.
“Saya harap dapat pasarkan album itu pada tahun ini juga,” jelasnya yang masih aktif memenuhi pelbagai undangan nyanyian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
Bogel selepas kantoi Suspek menanggalkan pakaiannya sendiri selepas dikepung orang awam. Suspek menanggalkan pakaiannya sendiri selepas ...
-
Pemuda kagum bangsa lain bantu rider Melayu kemalangan, pelanggan dapat order lewat harap bersabar - “Setandan pisang, tak semuanya busuk” R...
-
Himpunan Anak Muda PAS dan AMK..di Kelantan DSAI memberi ceramah UMUM di Johor..Baru Baru Ini [admin] Puluhan rib...
-
Inilah sikap Pemimpin BN Yang Suka Bermewah Mewah..Biar Hampa makan Kangkung...Kami Makan Asparagus n..Brokoli..Banyak duit s...
-
Tan Sri Musa Hitam yang dahulunya dipersalahkan dengan peristiwa Memali itu mendedahkan bahawa Tun Dr Mahathir yang terlepas kerana mengat...
-
Spageti ada kaki lipas: Pensyarah dibayar RM55,000 16/03/2012 8:59pm PUTRAJAYA — Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusa...
-
Kumpulan Penyokong Pro Kangkung Berhimpun, Demo Sambil Belasah Orang... Sekumpulan penyokong Pro Kangkung hari ini diberitakan telah me...

No comments:
Post a Comment