Nuffnang

Monday, March 18, 2019

Perghhh !!! Twitter gantung akaun Egg Boy

Twitter gantung akaun Egg Boy

Connolly (kanan) dianggap wira oleh netizen.

SAN FRANCISCO - Laman Sosial Twitter menggantung akaun Will Connolly, remaja yang bertanggungjawab memecahkan telur di kepala seorang ahli politik rasis Australia, Fraser Anning.
Semakan di Twitter menunjukkan akaun Connolly sudah pun digantung.
Connolly bertindak memecahkan telur di kepala Anning sewaktu senator itu sedang ditemuramah oleh seorang wartawan.
Remaja terbabit bertindak demikian apabila Anning mempertahankan kenyataannya berhubung serangan pelampau kulit putih yang mengorbankan 50 orang Islam di New Zealand pada Jumaat lalu.
Tindakannya itu juga menerima sokongan meluas pengguna Internet yang menganjurkan kempen mengutip derma dalam talian untuk remaja tersebut, yang kini mengutip sehingga AS$22,000 (RM90,000).
Connolly ditampar beberapa kali oleh Anning selepas memecahkan telur tersebut dan seterusnya ditangkap dan dikendalikan dengan kasar oleh penyokong senator tersebut.
Remaja tersebut ditahan polis dan dilepaskan tanpa sebarang tuduhan.
Beliau kini mendapat gelaran Egg Boy di media sosial yang menjulangnya sebagai seorang wira. - Agensi

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung