Nuffnang

Sunday, March 17, 2019

Wow!! Polis Muslim NZ pangkat tertinggi luah rasa sebak terhadap serangan pengganas di Christchurch

Polis Muslim NZ pangkat tertinggi luah rasa sebak terhadap serangan pengganas di Christchurch

Naila (tengah) menyampaikan ucapannya dalam nada sebak. - Foto Facebook NZ Police
PEGAWAI polis beragama Islam yang berpangkat tertinggi di New Zealand menahan tangisan ketika berkongsi mesej untuk mangsa tragedi tembakan di Christchurch.
Bercakap di pusat bandar Aotea Square di Auckland, Supritendan Naila Hassan memberitahu orang ramai bahawa dia bangga bergelar seorang Muslim dan menjadi seorang ketua polis di New Zealand.
"Ini adalah pesanan berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan saudara kita dan komuniti di sekitar New Zealand.
"Saya tahu ini bukan sahaja masa yang sangat menyedihkan bagi komuniti Islam khususnya, tetapi kepada semua orang dalam komuniti kita.
"Kami mahu meyakinkan semua orang bahawa kami melakukan segala yang terdaya untuk memastikan mangsa serangan yang dahsyat ini diperlakukan dengan penuh rasa hormat," kata Naila.
Naila berkata jumlah polis di sekitar masjid dan pusat Islam di seluruh negara telah ditingkatkan.
"Saya terkejut sama seperti semua rakan sekerja saya di Polis New Zealand, tentang apa yang berlaku di Christchurch," ujarnya.
Seorang lelaki yang kelihatan seperti seorang pemimpin Islam bercakap selepas Naila dan menyifatkan sokongan yang ditunjukkan oleh polis dan ahli politik adalah luar biasa.
"Komuniti New Zealand semuanya bersatu untuk menyokong kami, saya menerima ribuan mesej hanya dalam tempoh 30 jam.
"Anda (pengganas) tidak akan menakutkan kami.
"Kami adalah warga New Zealand, kami akan berdiri bersama-sama, kami akan mengatasi kebencian itu dengan cinta," kata lelaki tersebut.
Dia menggesa orang ramai untuk berfikir sebelum bertindak: "Sila gunakan akal anda sebelum melakukan apa-apa kerana kita perlu memastikan bahawa kita tidak membalas pembenci dengan benci juga." - Stuff NZ

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung