Nuffnang

Tuesday, November 9, 2021

Perghh !!!Polis Jawa Barat minta maaf ‘like’ akaun pornografi

 


Tangkap layar yang menunjukkan akaun @PolresBogorKota menyukai sebuah kandungan berbaur lucah. – Twitter


JAKARTA – Ketua Perhubungan Awam Polis wilayah Jawa Barat, Erdi Ardimulan Chaniago membuat permohonan maaf kepada orang ramai susulan insiden akaun Twitter rasmi Balai Polis Bogor Kota yang menyukai atau ‘like’ sebuah akaun pornografi, Sabtu lalu, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Menurut beliau, pihaknya akan melakukan siasatan ke atas insiden tersebut bagi mengenal pasti individu yang melakukan ‘like’ tersebut.

“Kami sudah mengendalikan akaun itu dalam tempoh yang lama dan setakat ini, tiada sebarang masalah. 

“Bagaimanapun, Balai Polis Bogor Kota akan melakukan siasatan berkaitan penggunaan akaun Twitter tersebut dan mengesan individu yang melakukan perbuatan itu (like akaun pornografi).

“Justeru, saya memohon maaf bagi pihak jabatan polis dan mengakui ini adalah hal yang menjadi perhatian dan pemantauan lebih ketat kepada bahagian perhubungan awam di balai polis sekitar Jawa Barat,” katanya.

Sabtu lepas, akaun Twitter @txtdrberseragam memuat naik tangkap layar yang memaparkan akaun @PolresBogorKota menyukai sebuah akaun yang mengandungi kandungan pornografi.

Tindakan itu menerima kecaman ramai yang mempersoalkan kewajaran Twitter rasmi polis untuk bertindak demikian. – Agensi  

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung