Nuffnang

Wednesday, November 10, 2021

Perghhh!! Kacau !!! Suami pasang CCTV intip aktiviti isteri di rumah

 


Hampir kesemua bahagian di dalam rumah tersebut mempunyai kamera CCTV termasuk di dalam bilik tidur, kecuali bilik tetamu dan tandas. – TikTok
Share on telegram

JAKARTA – Seorang suami yang tinggal berjauhan dengan isterinya bertindak memasang sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di segenap penjuru rumahnya bagi memantau aktiviti wanita itu sepanjang ketiadaannya, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Menerusi klip video yang dikongsikan di laman TikTok, wanita dengan akaun bernama @jhnrudysxx__  itu mendedahkan bahawa tindakannya yang kerap menyekat (block) panggilan daripada suaminya membuatkan lelaki itu bertindak memasang CCTV bagi memantau pergerakannya.

“Setiap kali saya merajuk dengan suami, saya akan menghalang panggilannya. Jadi, dia memasang CCTV di setiap penjuru rumah,” kata wanita itu.

Tambah wanita tersebut, hampir semua bahagian di dalam rumahnya mempunyai kamera CCTV termasuk di dalam bilik tidur, kecuali bilik tetamu dan tandas.

“Kalau kita sudah berkahwin, saya tidak akan membuat panggilan video kepada kamu dan bertanya lokasi dan apa yang sedang kamu lakukan,” tulis wanita itu pada keterangan video dengan mengajuk kata-kata yang pernah disuarakan suaminya.

Video tersebut menjadi tular dengan pelbagai komen diberikan netizen yang memberi reaksi terhadap perkongsian wanita berkenaan.

“Tidak mengapa kerana suami sendiri,” komen seorang pengguna.

“Sangat tidak seronok kerana anda akan berasa diri tidak bebas,” kata seorang lagi. – Agensi 

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung