Nuffnang

Monday, January 10, 2022

Sekurang-kurangnya 7 maut, 3 hilang dalam insiden batu besar runtuh timpa bot pelancong

 

Sekurang-kurangnya 7 maut, 3 hilang dalam insiden batu besar runtuh timpa bot pelancong

Insiden runtuhan batu besar yang menimpa beberapa bot pelancong.

SEKURANG-kurangnya tujuh orang maut selepas sebuah batu besar runtuh menimpa beberapa bot pelancong di Minas Gerais di Brazil, pada Sabtu, lapor CNN.

Dilaporkan tiga mangsa masih hilang tetapi usaha menyelamat dihentikan pada lewat Sabtu berikutan 'kurang pencahayaan semula jadi' di Tasik Furnas di Capitólio.

Jurucakap Jabatan Bomba Minas Gerais, Pedro Aihara berkata, operasi mencari disambung semula pada Ahad pukul 5 pagi waktu tempatan.

Aihara berkata, 23 daripada 32 orang yang cedera ringan dirawat di Santa Casa de Capitólio dibenarkan keluar, manakala dua lagi dirawat di Santa Casa di bandar Piumhi mengalami patah tulang.

Tambah beliau, usaha menyelamat akan diteruskan sekurang-kurangnya sehingga Isnin.

Jelasnya, situasi seperti mangsa terperangkap di bawah batu kemungkinan memanjangkan tempoh operasi tersebut.

Presiden Brazil, Jair Bolsonaro, berkata Tentera Laut mengerahkan pasukan bantuan untuk menyertai usaha mencari dan menyelamat. - CNN


Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung