Nuffnang

Tuesday, January 11, 2022

Wow Perghhh !!! Duda kaya separuh usia kahwini gadis 18 tahun

 


H Sule menyerahkan wang hantaran sebanyak RM29,000 kepada isterinya. – Timur Kota

Duda kaya separuh usia kahwini gadis 18 tahun

JAKARTA – Kisah pernikahan seorang duda kaya separuh usia dengan seorang remaja berusia 18 tahun di Kota Makassar menjadi tular di Indonesia selepas wanita itu dikatakan menerima wang hantaran sebanyak 100 juta rupiah (RM29,403), lapor laman berita Timur Kota semalam.

Tidak cukup dengan itu, ahli perniagaan yang dikenali sebagai H Sule itu dikatakan turut menyerahkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Fortuner dan sebuah rumah kepada isterinya.

Seorang ahli keluarga gadis itu bagaimanapun tampil menjelaskan hal sebenar dengan memberitahu bahawa nilai hantaran yang diterima itu adalah benar, namun tidak bagi kenderaan SUV tersebut dan rumah.

Menurutnya, pengantin perempuan menerima wang hantaran sebanyak 70 juta rupiah (RM20,582), manakala selebihnya sebanyak 30 juta rupiah (RM8,821) terdiri daripada sebidang tanah.

“Saya sendiri mendengar ketika akad nikah diadakan. Tiada kereta atau rumah yang diberikan sebagai hantaran,” katanya.

Tambah individu tersebut, pernikahan itu juga berlangsung secara sederhana, namun ia menjadi tular kerana nilai hantaran tersebut telah diperbesarkan oleh netizen.

“Majlisnya juga biasa sahaja. Mungkin kerana pengantin lelaki dikenali ramai dan isterinya masih remaja, jadi, ramai yang tersalah sangka mengenai pernikahan ini,” jelasnya.

Berita mengenai perkahwinan tersebut menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen.

“Daripada hantaran ini saya sedar bahawa wang adalah segalanya. Semoga ‘datuk’ bahagia selalu,” kata seorang netizen. – AGENSI 

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung