BANDA ACEH – Mahkamah Syariah Banda Aceh menjatuhkan hukuman penjara terhadap tiga orang gadis kerana terlibat dalam kegiatan pelacuran online, lapor portal berita Prohaba.co hari ini.
Majlis Kehakiman menjatuhkan hukuman itu setelah ketiga- tiga gadis tersebut yang masing-masing berumur 22, 23 dan 24 tahun didapati bersalah terlibat dalam kegiatan tidak bermoral.
Ketiga-tiga mereka dijatuhi hukuman penjara lebih tiga tahun semalam berdasarkan undang-undang syariah yang dilaksanakan di Aceh.
Mereka ditangkap pada Ogos tahun lalu di sebuah hotel kira-kira pukul 10 malam (waktu tempatan).
Mereka ditangkap di sebuah hotel di kawasan Ulee Kareng oleh anggota-anggota polis Banda Aceh yang melakukan penyamaran.
Hakim memerintahkan supaya ketiga-tiga gadis berkenaan tetap ditahan sehingga mereka habis menjalani hukuman penjara . – AGENSI
No comments:
Post a Comment