Nuffnang

Thursday, January 4, 2024

Wanita cemas cucu buang barang kemas RM270,000

 

Share on linkedin
Nilai semua barangan kemas dalam koleksi ini adalah 2 juta baht. – KhaoSod

BANGKOK – Seorang wanita berusia 60 tahun cemas selepas barang  kemas miliknya yang  berharga lebih 2 juta baht (RM270,475) hilang, lapor laman berita Thaiger semalam.

Barang kemas itu dibuang oleh cucunya yang menyangka ia adalah sampah.

Wanita bernama Wandee itu bagaimanapun menarik nafas lega apabila koleksi barang berharga tersebut dijumpai  oleh seorang pengutip sampah yang menyangka ia adalah emas palsu.

Ads by Kiosked

Dalam kejadian kelmarin, Wandee berkata, dia meletakkan barang  kemas itu di dalam dua beg yang kemudiannya dibuang oleh cucunya.

Koleksi tersebut terdiri daripada enam jongkong emas mini, enam rantai leher, lima gelang tangan, lima tangkal Buddha, tiga cincin berlian, sebentuk cincin kerongsang berlian, lapan cincin emas, sepasang anting-anting emas, dua pasang anting-anting berlian dan gelang berlian.

Seorang pengutip sampah berusia 46 tahun menemui beg mengandungi barangan kemas itu sebelum membawanya pulang ke rumah untuk ditunjukkan kepada suaminya kerana menyangka ia adalah palsu.

Selepas menerima  laporan mengenai kehilangan barang kemas  tersebut, polis menjejaki pengutip sampah terbabit berdasarkan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV).

Barang berharga itu dipulangkan ke  balai polis sebelum ia diserahkan kepada Wandee. – AGENSI

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung