Nuffnang

Monday, April 19, 2010

Ikan Keli Makan Organ Babi Haram

Memakan Haiwan ternakan, termasuk ikan keli yang diberi makanan sebahagian besarnya organ dalaman babi atau haiwan lain secara berterusan adalah haram bagi umat Islam dan fatwa mengenai pengharaman itu sudah diwartakan .
Penolong Pengarah cawangan Pemantauan Dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) Putrajaya, Mohd Amri Abdullah, berkata fatwa pengharaman itu wajar menjadi panduan kepada umat Islam bagi mengelak membeli hasil ternakan haram dimakan. Umat Islam perlu berhati hati dan mengelakkan memakan ternakan seumpama itu kerana fatwa mengenai kesahihan haram atau halal sudah dikeluarkan,” Beliau mengulas laporan akhbar baru baru ini seorang penternak ikan keli dari Kuala Selangor mendakwa ada ikan keli yang diternak oleh pengusaha bukan melayu member I makan seperti perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Encik Mohd Amri menegaskan bahawa “ Jakim hanya boleh memeriksa pengeluaran, penyediaan, pemberian makanan, penyembelihan, pengendalian , penyimpanan dan pembungkusan makanan bagi produk yang ada sijil halal adalah didalam bidang kuasa JAKIM . BH
Abu Luqman : Sebagai pembekal , peraih dan pengusaha restoran makanan , anda harus berhati hati dalam membeli bekalan ikan keli dari penternak , dan pastikan yang anda sudah tahu akan halalnya , iaitu dari pembekal dan penternak Muslim. Kerana makanan yang halal itu fardu, sekiranya kita memakan walaupun sedikitnya benda itu haram, maka dalam kaedah hukum fiqh, “ Yang Halal itu Jelas dan yang haram pun jelas “ .. fikir fikirkan lah


sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

3 comments:

Nurul Harun said...

nurul ada dgr pasal ni.

lagi 1, ikan keli yang dibagi makan bangkai ayam pun haram dimakan.. kecualilah kalau dia bagi makan dgn benda lain..

ikan keli yg gemuk2 tu, ya, ikan keli itu diberi makan bangkai ayam..

Penulis Rindu said...

abu Luqman memang tak makan ikan keli... cuma makan ikan semilang je

lissaliyya said...

sy pernh baca 1 artikel, cne nk kenal ikan keli yg mkn bangkai@organ haiwan lain (karnivor). ikan keli karnivor mempunyai bentuk kepala seakan huruf 'V', manakala ikan keli yg bkn karnivor mempunyai btk kepala 'U'. sekian... =)

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung