
Semenjak Ayahku meninggal dunia di usia ku 16 tahun, kehidupan kami berubah, sebelum ini semua perbelanjaan keluarga ditanggung oleh Ayahku , semasa itu Ibu ku sebagai ibu tunggal meneruskan kehidupan kami dengan perbelajaan wang yang ditinggalkan oleh Ayahku dan hasil sewa rumah sebanyak RM 150. sebulan . Setelah abangku memnamatkan pesekolahannya selepas SPM , dia mula bekerja untuk menyara kami sekeluarga..syukur alhamdulillah bolehlah kami meneruskan kehidupan disamping pendapatan sewa rumah .
Bila musim hari raya yang paling sedih... aku terpaksa buat kerja sambilan untuk mencari wang lebih untuk membeli baju raya.. kebetulan kat rumah aku ada pengusaha kelapa kering, setiap petang aku mengambil upah mengupas kelapa dengan sebiji 10 sen. Sehari bolehlah 50 hingga 100 biji..dapatlah RM 5.00-10 sehari..aku target nak dapatkan RM 100. setelah 2 minggu punya pulun dapatlah aku beli baju raya tanpa..minta duit dari IBUku...
Kini telah berubah..Ibuku telah tiada...(sedih )..sekarang dengan berkat doa Ibuku serta menasihatiku ,kehidupan ku kini syukur alahmdulillah..anak anak beli baju memang tiap tiap tahun...saya beli...seorang 2 pasang...Abu Luqman juga menceritakan kehidupan kami sekeluarga dulu kepada anak anak...dan anak faham...walaupun sekarang dah ok..aku juga tak lupakan kepada orang lain yang memerlukan...tq semua..hidup biarlah besederhana........