Nuffnang
Thursday, August 26, 2010
Tahukah Anda Bazar Ramadan paling berisiko
BAZAR Ramadan yang dikunjungi orang ramai untuk membeli juadah berbuka menjadi tempat paling banyak berlaku keracunan makanan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Bazar Ramadan mungkin menjadi tempat paling sesak dengan orang ramai yang mahu mencari juadah berbuka tetapi ia juga tempat yang paling banyak berlaku kes keracunan makanan sejak umat Islam mula berpuasa pada 10 Ogos lalu.
Laporan Kementerian Kesihatan mendapati, daripada 13 kes keracunan makanan yang dilaporkan sejak 10 Ogos lalu, sebanyak tujuh kes didapati berpunca daripada makanan yang dibeli di bazar Ramadan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican dalam kenyataannya di sini semalam menjelaskan, kesemua kes membabitkan makanan yang telah basi tetapi masih dijual kepada pelanggan.
"Kami kecewa dengan sikap pengendali makanan yang masih menghidang atau menjual makanan basi tanpa mengambil kira kesan terhadap kesihatan pelanggan mereka," katanya.
Menurut beliau, tiga kes lagi berlaku di institusi seperti kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) atau kolej manakala lain-lain kes di kantin sekolah serta majlis persendirian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Gambar hiasan. GERIK – Gara-gara cemburu dan dituduh mempunyai hubungan dengan lelaki lain, seorang wanita dicederakan dan diugut bunuh ol...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang juga Ahli Parlimen Perikatan Nasional Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan. 12 Shares Keraj...
-
Ride to hajj ..Bersama Wazi n the group ke Tanah suci Mekah dengan mensiki motosikal kap chai, saya ucapkan tahniah...
-
Seorang wanita menyanyi dan berjoget di depan sekumpulan pemuda yang sedang mengikuti pengajian agama di Indonesia baru-baru ini. - Foto I...
-
Suspek mencurahkan minyak petrol ke atas isterinya. - Agensi LAGOS – Polis negeri Ogun di barat daya Nigeria menahan seorang lelaki yang did...
5 comments:
Berisiko adalah kerana, kemungkinan kedaan persekitaran Bazar itu sendiri...
lalat pun banyak menghinggap
kuman kuman
banyaknya kes keracunan makanan. Diorang ni nak untung je, tapi kualiti takde
aku penah kena ari tu nasi tomato basi kat bazar ramadan..kecewa tul dgn sikap peniaga tu yg tak bertanggungjawab..sanggup jual juadah basi..bengang tul..
Salam.
Ada logiknya tu.
Yelah, lalat kadang2 byk.
Tapi tak semua lah, yg betul2 jaga kebersihan tu baguslah :)
Post a Comment