Nuffnang
Wednesday, October 27, 2010
Pulau Pinang catat hasil paling tinggi
Pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang mencatatkan hasil pendapatan paling tinggi buat dua kali berturut-turut - ia berjaya memungut RM1.1 bilion dalam dana terkumpul bagi seluruh tahun 2009.
Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009, Pulau Pinang adalah negeri tunggal Pakatan Rakyat yang menerima penarafan 'baik'berhubung kedudukan kewangannya - mereka juga mengumpul 29.1 peratus dalam pendapatan sebenar, membawa jumlah keseluruhan kepada RM376.51 juta.
azlanPada 2008, kerajaan negeri Pulau Pinang memecahkan rekod apabila dana terkumpulnya mencecah RM1.025 bilion seperti yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara sebelum ini.
Di bawah pentadbiran kerajaan negeri BN, dana terkumpul Pulau Pinang adalah RM847.45 juta bagi 2007.
Dana terkumpul itu adalah kombinasi pendapatan akaun, pinjaman dan juga dana saham amanah.
Pungutan hasil juga naik dengan ketara daripada RM296 juta pada 2007 kepada RM371 juta pada 2008. Hasil bagi 2009 pula adalah pada RM376 juta.
Laporan Audit itu juga mendedahkan bahawa Dana Amanah Perumahan Bumiputera telah buat kali pertama ditubuhkan dengan RM12.65 juta disalurkan untuk tujuan berkenaan.
Tiga agensi negeri menerima penarafan 'sangat baik' berbanding hanya dua pada 2008. Agensi berkenaan adalah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, jabatan kewangan negeri dan pejabat daerah bahagian barat daya.
Selangor ketinggalan
Dua lagi negeri yang dikuasai oleh Pakatan - Kedah dan Kelantan, mencatatkan peningkatan dalam dana terkumpulnya pada 2009 berbanding tahun sebelum itu.
Kelantan mencatatkan pertumbuhan besar 252 peratus kepada RM97.23 juta berbanding RM27.58 juta pada tahun 2008.
azlanHasil di Selangor pula, pada masa yang sama jatuh 7.3 peratus kepada RM1.32 bilion berbanding RM1.42 bilion pada 2008.
Pada RM1.32 bilion, ia juga adalah jauh lebih rendah daripada dana terkumpul RM1.39 bilion yang diperolehi semasa pentadbiran BN pada 2007.
Pentadbiran negeri Kedah pula menunjukkan peningkatan 5.1 peratus dana terkumpulnya kepada RM265.52 juta bagi tahun 2009. Malaysiakini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Gambar hiasan. GERIK – Gara-gara cemburu dan dituduh mempunyai hubungan dengan lelaki lain, seorang wanita dicederakan dan diugut bunuh ol...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
Ride to hajj ..Bersama Wazi n the group ke Tanah suci Mekah dengan mensiki motosikal kap chai, saya ucapkan tahniah...
-
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang juga Ahli Parlimen Perikatan Nasional Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan. 12 Shares Keraj...
-
Seorang wanita menyanyi dan berjoget di depan sekumpulan pemuda yang sedang mengikuti pengajian agama di Indonesia baru-baru ini. - Foto I...
-
Demo Kangkung ..Pemimpin depa yang silap cakap.. su kangkung tiba-tiba bertukar menjadi isu ketuanan melayu hanya sanya Naji...
6 comments:
HIDUP PENANG.. EHEHHHEH
go Penang!
bangga jadik warga Penang ;0
Penang memang hebat....sbb tak ada ketirisan kewangan ye...
Pelik juga apa yang digambar didala surat khabar arus perdana berbeza dengan Malaysia Kini. Confuse mana satu yang betu ni?
agaknya bila semua mlayu dah kluar dari pulau tu, baru kaye kot..
ye la org mlayu duk kat kampung je.. patut kene roboh, dorg bina bangunan komersial.. ;D;D
Negeri maju,barang makin mahal,gaji swasta dok tang tu gak,masih ada ramai yang bergaji rm550,terutamanya makck/pakcik cleaner/gardener,nasib bak lah rumah kampung sendiri,x payah sewa,perkara ni terjadi masa,gomen dulu mau pun la
Post a Comment