Nuffnang

Thursday, April 28, 2011

Jangan Jadi Keldai Dadah

Gambar Hiasan Google

Keldai dadah merujuk kepada seseorang yang secara rela atau diperdaya untuk menjadi kurier, membawa dadah atau barang seludup ke negara lain. Taktik ini mengurangkan risiko pengedar/penyeludup dadah itu ditangkap. Kaedah penyeludupan temasuklah menyembunyikan barang dalam kenderaan, bagasi atau pakaian, mengikat pada badan, ataupun dengan menelannya.

Sehingga kini,Seramai 365 wanita rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana terbabit menjadi "keldai dadah" sejak hampir 20 tahun lalu, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay, berkata jumlah itu adalah lebih separuh daripada 729 rakyat Malaysia yang ditahan atas kesalahan dadah di luar negara.

Sejak 1991 hingga Mac 2010, sebanyak 1,560 kes dilaporkan membabitkan rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas pelbagai kesalahan jenayah, termasuk 729 kes kesalahan dadah, katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Luar.

Kohilan berkata, sebuah Tabung Amanah Rakyat Malaysia diwujudkan bagi memberi bantuan guaman dan kewangan melalui perwakilan Malaysia serta membawa pulang rakyat Malaysia yang dibebaskan daripada tahanan.

Bagi menangani gejala "keldai dadah", beliau menggesa agensi berkaitan seperti Kastam, Imigresen dan Polis supaya mengetatkan lagi kawalan keselamatan di semua pintu keluar masuk lapangan terbang antarabangsa di negara ini.

"Di pihak kementerian, Wisma Putra baru-baru ini menerusi siaran langsung RTM (Radio Televisyen Malaysia) dalam segmen dialog keldai dadah telah menasihati terutamanya ibu bapa dan wanita supaya tidak terjebak atau teraniaya dengan sindiket pengedaran dadah berkenaan,".Bernama.

Ulasan : Ramai yang terjerbak adalah terdiri dari pelajar pelajar Malaysia, dan mereka pergi keluar negara melancung dengan rakan rakan atau teman teman..rapat, masa inilah mereka mengambil kesempatan untuk memasukkan dadah ke dalam bagasi teman mereka..hati hati ye.......

21 comments:

Penulis Rindu said...

jangan terpedaya dengan pujukan teman anda

nabila saat said...

Korang rasa sapa yang lagi terror dan poyo..??

Engineer kah?
Doktor kah?
Peguam kah?


http://nabilasaat.blogspot.com/2011/04/kontest-sapa-lagi-terror-dan-poyo.html

a loqman said...

tq ye..ta2 tahu sapa yang poyo

Eye_nee said...

Keldai yg sebenar pon tak berani nak bawa dadah...manusia yg ada otak+akal ni pulak yg ingin sgt jadi keldai tu kenapa yer...

jaya jr said...

sebab tu dari awal kene bijak memilih kenalan..takut kene tipu

a loqman said...

makasih

eye nee

Jaya Jr

AMIN NASRY said...

selalunya dalam berita wanita lebih banyak dijadikan keldai dadah oleh mat2 laki nieh....beware :)

a loqman said...

makasih Mr amin Nasry

sud@is said...

uit 1560 kes ..byk tuh.....

a loqman said...

ya ..sahabat ku sudais

apple hijau said...

cinta...pelsu
RM...kaching2
dunia owh dunia...
tak pasal2 jadi keldai

a loqman said...

tq apple hijau..

itulah dunia hanya sementara

shameel Iskandar said...

ramai wanita malaysia ni mudah terpedya, tapi lelaki pun jgn pernah alpa.

saya sejujrnya amt risau ketika melancong ke luar negara. risau takut2 ada pihak masukkan dadah atau benda terlarang di dalam bagasi kita. Kepada Allah dipohon doa agar terhindar dari kejahatan manusia.

ghost said...

jelaS nampak sangat orang kita mudah terpengaruh dengan duit.semua ini sebab wang ganjaran yang ditawarkan.untung2 lepas,lumayan.tapi sangat kasihan kalau ada yang terkena sebab dianiaya..menyedihkan.

a loqman said...

terima kasih
Shameel..say pun mcm tu...rasa risau juga bila naik kpl terbang


Biskut...tq the komen

Kay Masingan said...

inilah yang agak menampakkan kepada kita bahawa masyarakat kita- terutama wanita sangat mudah terpedaya dengan kata-kata manis dan juga wang ringgit..
menyedihkan.

BisnesMeng said...

nabila saat ni dok main tanya poyo terer plak...

sanggup tuu depa ni..boh dadah dalam pungkoq..duit punya pasal...
duit ni..sampai mati pun tak habih2...

sebut pasai duit...semua org dimuka bumi ni ada masaalah..

a loqman said...

terima kasih

Kay mesin gun

tokeh besar

rafina mimi abdullah said...

musuh utama negara..kalau tembak bertubi2 pun x kan mati punya musuh ni..

Penulis Rindu said...

makasih ye mRs Yie

info islam untuk anda said...

sekarang ni bukan je keldai dadah, tapi banyak untung lagi keldai manusia.
akibatnya banyak le makhlik tak dikehendaki masuk tampa pengetahuan kita.
mereka bebas sementara keldai ni pula umpama filem transporter....
ish....menyusahkan.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung