"SAYA bukan tidak menghormati acara tradisi sambutan, tapi saya harus jaga batas sebagai orang Islam," tegas pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi.
Pelumba berusia 17 tahun kelahiran Kampung Gajah, Perak itu yang mencipta sejarah menjadi pelumba pertama negara memenangi perlumbaan Moto3 di Argentina pada 3 April lepas, mengakui beliau mengelakkan diri daripada terkena semburan minuman keras sewaktu di podium.
"Saya memang elakkan diri daripada terkena semburan minuman keras itu dan ke mana sahaja saya pergi, jati diri sebagai umat Islam tetap berada di tempat teratas," katanya kepada pemberita dalam majlis bertemu media sempena Perlumbaan Motosikal Cubprix di Stadium Negeri Batu Kawan, di sini hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Elak 'disembur arak', Khairul Idham dipuji netizen]
Khairul Idham berkata demikian ketika ditanya mengapa beliau tidak kelihatan ketika sambutan kejayaan di podium selepas majlis penyampaian hadiah sewaktu Grand Prix Argentina itu.
Pelumba itu juga berkata selepas mencapai sasaran awal tahun ini, beliau kini berazam mengutip sekurang-kurangnya satu mata dalam baki pelumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia musim ini.
"Saya akan berusaha lebih gigih untuk mengutip sekurang-kurang satu mata dalam setiap 15 pelumbaan yang akan datang walaupun sasaran penaja hanya 18 mata untuk musim ini," katanya yang sudah mengumpulkan 25 mata selepas tiga perlumbaan untuk menduduki tempat kelima keseluruhan setakat ini.
Pada pelumbaan pusingan kedua Kejuaraan Motosikal Dunia di Argentina 3 April lepas, Khairul Idham mencipta kejutan dengan menjuarai pelumbaan itu di hadapan Jorge Navarro dari Sepanyol dan Brad Binder dari Afrika Selatan, masing-masing di kedudukan kedua dan ketiga.
Khairul Idham sekadar menduduki tempat ke-20 dalam pusingan ketiga di Amerika Syarikat, minggu lepas dan bagi pusingan keempat di Sepanyol yang bermula 22 April ini, beliau berharap dapat menampilkan aksi terbaik untuk mengumpul mata.
"Saya akan cuba penuhi sasaran pasukan iaitu untuk meraih mata pada perlumbaan itu," katanya.
Terdahulu, Khairul turut menerima sumbangan sebuah motosikal jenis Honda Wave Dash daripada Pengarah Urusan Boon Siew Honda Sdn Bhd Nabuhide Nagata sebagai pendorong untuk mencipta lebih banyak kemenangan pada pelumbaan yang akan datang. - Bernama

No comments:
Post a Comment