Nuffnang

Tuesday, May 24, 2022

Isteri bunuh perempuan simpanan suami

 

NU berdepan hukuman penjara kerana membunuh perempuan simpanan suaminya. - Istimewa melalui Warta Kota

 

Share on telegram

JAKARTA – Seorang wanita di Bekasi, Jawa Barat berdepan hukuman penjara kerana membunuh perempuan simpanan suaminya selepas memberi amaran agar dia meninggalkan lelaki itu, lapor portal berita Coconuts.

Suspek, NU, 26, mengetahui hubungan sulit antara suaminya, ID, 27, dengan seorang wanita bernama DN, 26, menerusi mesej perbualan dalam telefon bimbit lelaki itu.

Suspek berasa marah apabila membaca mesej yang menyebut bahawa suaminya berjanji kepada mangsa yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah bank untuk menceraikannya supaya mereka boleh bersama.

“Suspek berasa sakit hati dan berdendam dengan mangsa yang mempunyai hubungan lebih mesra dengan suaminya berbanding dirinya,” kata jurucakap Polis Metro Jakarta, Endra Zulpan.

Endra berkata, suspek kemudian memberi amaran kepada mangsa agar menjauhi suaminya, namun tidak diendahkan lalu mendorong wanita itu untuk merancang pembunuhan.

Suspek seterusnya bertindak memerangkap mangsa dengan mengajaknya berbuka puasa bersama-sama menggunakan telefon bimbit suaminya dan menyamar sebagai anak saudara lelaki itu.

Mereka berjanji untuk bertemu di perhentian bas berhampiran sebuah taman rekreasi di Jakarta Timur pada 26 April lalu.

Suspek kemudiannya membunuh mangsa dengan memukul bahagian belakang kepala mangsa sebanyak lima kali menggunakan objek tumpul yang dibawa dari rumah.

Dia kemudian menikam mangsa menggunakan senjata tajam termasuk pada bahagian lehernya sehingga mangsa mati.

Selepas menukar pakaian mangsa dengan baju seragam tukang cuci, suspek membuang mayat mangsa yang kemudiannya ditemui di tebing sebatang sungai.

Suspek kemudian menyerah diri dan ditahan pada pertengahan bulan ini. – Agensi 

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung