Nuffnang

Monday, May 23, 2022

Perghhh !!! Keluarga terkejut temui aligator ‘berendam’ di kolam mandi rumah

 

SEEKOR buaya berukuran 3.35 meter dengan berat 249.5 kg menggunakan kolam renang di rumah sebuah keluarga untuk menyejukkan badan. - Pejabat Sherif Daerah Charlotte.


TALLAHASSEE, FLORIDA – Sebuah keluarga di negeri Florida, Amerika Syarikat, terkejut apabila menemui seekor aligator sedang berenang di dalam kolam renang kediaman mereka, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

-ADVERTISEMENT-

Keluarga tersebut dikejutkan dengan satu bunyi kuat pada awal Isnin lalu, demikian menurut catatan Facebook oleh Pejabat Sherif Daerah Charlotte.

Apabila menyiasat perkara tersebut, mereka menemui ‘tetamu’ yang tidak diundang, iaitu seekor aligator bersaiz besar dengan berat sekitar 249.5 kilogram (kg) serta berukuran hampir 3.35 meter.

Ads by Kiosked

“Ia mengoyakkan penutup kolam untuk mendapatkan air yang sejuk dan nyaman,” kata pejabat sherif.

Seorang pegawai polis, Brad Stender memberitahu CNN bahawa penemuan seperti itu bukanlah sesuatu yang luar biasa terutamanya semasa musim mengawan buaya iaitu pada musim bunga dan panas.

Polis yang tiba di tempat kejadian bertindak memanggil seorang penangkap haiwan, dan dengan batuan tiga anggota polis lain, aligator tersebut berjaya ditarik keluar dari kolam. – Agensi

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung