Nuffnang

Tuesday, April 4, 2023

Ratu cantik tiba di hotel dengan tunggang motosikal

 

Anuthida "Ninew" Sarathana tina di Hotel Swissotel dengan menunggang teksi motosikal di Bangkok hari ini. - Foto The Nation Thailand


BANGKOK – Seorang peserta ratu cantik Miss Grand Rayong menjadi topik hangat netizen di media sosial pada hari ini  apabila dia muncul untuk menyertai aktiviti prapertandingan itu dengan menunggang sebuah teksi motosikal.

Menurut portal berita The Nation Thailand, pengguna Facebook, Pakaii Pitirat menyiarkan gambar Miss Grand Rayong, Anuthida “Ninew” Sarathana yang tiba di Hotel Swissotel di Jalan Ratchadapisek, Bangkok dengan menunggang sebuah teksi motosikal,  manakala pemilik motosikal menjadi pemboncengnya.

Gambar itu dikongsi dan disukai ramai netizen apabila lebih 3,000 pengguna Facebook menyatakan dia pasti tergesa-gesa untuk  sampai ke destinasi tersebut.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung